Bermula awal tahun hadapan, DHL Express kini mengumumkan akan laksana peningkatan harga caj perkhidmatan mereka pada pasaran Malaysia. Iaitu dengan kenaikan kos secara puratanya 5.9% pada 1 Januari 2026.

Tindakan ini jelas operasi pada notis pengumuman harini, adalah tindak-balas kumpulan dalam menangani kesan signifikan yang berlaku disebabkan perubahan geopolitik pada pasaran semasa baru-baru ini. Pelarasan harga itu telah mengambilkira aspek inflasi dan dinamik mata wang setiap pasaran yang terlibat. Berdasarkan langkah itu, termasuk Malaysia sekitar 220 negara lain turut akan berdepan perubahan harga perkhidmatan tersebut.
Dengan pelarasan naik harga perkhidmatan secara tahunan ini, DHL Express optimis dapat meningkatkan jenama dan menyesuaikan perkhidmatan mereka di pasaran semasa. Berikutan makluman pembaharuan ini, semua pengguna Malaysia boleh merujuk portal rasmi DHL Express Malaysia untuk ketahui lebih lanjut akan kos perkhidmatan yang terlibat.