Artikel

Pahang Sasar Miliki 429 Startup, Jana RM4.6 Bilion KDNK – Menjelang 2030

Bagi mengukuhkan lagi arena ekonomi digital negeri, Pahang menyasarkan untuk miliki 429 startup menjelang 2030 menerusi pelancaran Pahang Roadmap Startup 2030.

Langkah strategik ini secara langsung berupaya membantu negeri menjana RM4.6 bilion tambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan pewujudan sekitar 5,362 peluang pekerjaan baharu.

Usaha ini untuk makluman adalah tindakan susulan hasil kejayaan di bawah inisiatif Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA) 2022 dengan kerjasama Yayasan Pahang dan BEYOND4. Di mana di bawah inisiatif ini lebih 100 graduan dalam bidang teknologi seperti pembangunan perisian, analitik data dan kecerdasan buatan (Al) telah terlibat.

Menerusi langkah itu sejumlah 79 syarikat startup telah dibimbing dan sebahagiannya telah meraih pulangan yang tinggi pada pasaran semasa. Antara startup yang terlibat meliputi Qarbotech, Entomal Biotech, Exploria, YesHello dan C-Mart.