Bermula Oktober ini, sebuah bandar di Jepun iaitu bandar Tayoake, Wilayah Aichi – dijangka akan mula melaksanakan perintah mengehadkan penggunaan harian telefon pintar, konsol permainan dan skrin digitalĀ ke atas penduduk mereka.
Had penggunaan peranti pintar ini dijelaskan adalah selama 2 jam sehari sahaja – iaitu penggunaan ketika diluar waktu persekolahan dan kerja.
Perkara ini menurut laporan NHK, akan direalisasikan susulan ordinan tersebut telah mencapai persetujuan ahli kabinet pada minggu ini. Keputusan itu diambil bagi mengurangkan tahap pendedahan skrin digital yang ketika dilihat semakin berlebihan. Perihal itu turut dijelaskan tidak sekadar menjejaskan waktu rehat penduduk tetapi isu interaksi antara penduduk semakin merudum.
Berdasarkan makluman pelaksanaan, kategori murid sekolah dinasihatkan untuk tidak menggunakan peranti pintar selepas jam 9 malam, sementara kategori penduduk yang lebih berusia pula disarankan berhenti menggunakan peranti pintar selepas jam 10 malam. Secara menyeluruh, pelaksanaan ordinan ini untuk makluman umum akan dilaksanakan secara saranan, bukan berbentuk hukuman.