Artikel

Khazanah Dilaporkan Berpotensi Untung Hampir RM900 Juta – Hasil Pelaburan Pada Farm Fresh

Hasil daripada penyertaan pelaburan awal, sekitar 2011 – Khazanah Nasional kini dilihat mampu meraih untung hampir RM900 juta sekiranya melaksanakan jualan pegangannya pada Farm Fresh secara menyeluruh. Pulangan ini untuk makluman melibatkan perolehan 30% di dalam Farm Fresh pada 2011.

Anggaran perolehan ini dicapai susulan tindakan Khazanah melaksanakan penjualan pegangan secara berkala dan setakat 4 September lalu, pihaknya telah menjual sebanyak 65 juta saham – yang sekaligus membawa kepada nilai pegangan Khazanah pada Farm Fresh adalah sekitar 3.02% sahaja berbanding 30% pada 2011.

Berlandaskan tindakan itu, mengikut laporan Khazanah difahamkan telah memperoleh antara RM730 juta hingga RM770 juta dan jika baki 3% pegangan dijual maka kumpulan berupaya meraih hampir RM900 juta. Jumlah ini dilihat memberi sekitar 45 kali ganda daripada perbelanjaan awal mereka.