Bermula 1 Oktober 2025 ini, secara berperingkat kenderaan perdagangan di Malaysia perlu laksana pemasangan peranti kawalan had kelajuan (SLD) untuk membolehkan kelayakan mereka berada di jalan raya.
Penguatkuasaan ini menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) adalah tindak balas pihak berkuasa untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan kalangan pengguna melibatkan kenderaan berat.
SLD adalah sistem kawalan kelajuan yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum bagi sesebuah kenderaan. Dan penguatkuasaan ini untuk fasa satu melibatkan kenderaan perdagangan yang dikeluarkan selepas 1 Januari 2015. Selanjutnya fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 1 Januari 2026 melibatkan kenderaan perdagangan yang dibina sebelum 1 Januari 2015 dan fasa ketiga pula akan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2026.
Untuk fasa satu ini didapati hanya 2,915 kenderaan telah laksana pengesahan pemasangan SLD sementara 105,890 kenderaan pula masih belum laksana pengesahan pemasangan SLD.
Buat pengetahuan umum, pemasangan SLD ini terpakai ke atas semua kenderaan perdagangan merangkumi kenderaan barangan Berat Dengan Muatan (BDM) lebihi 3,500kg dan kenderaan penumpang dengan BDM lebihi 5,000kg. Dengan usaha ini ia secara langsung akan menambahbaik tahap keselamatan perjalanan pengguna lebuh raya di Malaysia.