Mulai Khamis (25 September) ini, orang ramai boleh menyemak kelayakan mereka untuk subsidi petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) melalui laman web Budi MADANI.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada laporan – proses penggunaan subsidi ini di stesen minyak adalah mudah. Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca di pam petrol untuk pengesahan kelayakan dan menggunakan aplikasi sokongan sepertimana yang diumumkan iaitu Setel, TNG dan CaltexGo.
Dengan penstrukturan semula subsidi ini, diharapkan pengguna lebih memahami cara menyemak kelayakan dan menggunakan subsidi ini dengan lancar.