Bulan Ogos memperlihatkan paras inflasi Malaysia kini meningkat kepada 1.3%. Peningkatan kecil ini antaranya didorong kenaikan lebih tinggi berlaku pada kos Insurans & Perkhidmatan Kewangan, membawa kepada paras 5.6%. Keadaan ini berlaku kesan kenaikan caj premium insurans ke aras sebilangan khidmat seperti kereta dan hospital.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menjelaskan kenaikan indeks harga pengguna (IHP) secara menyeluruh itu juga didasari akan lonjakan pada segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (4%) Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.5%), Pendidikan (2.4%), dan Makanan & Minuman (2%).
Sementara inflasi subkumpulan Makanan di luar rumah pula kekal dengan kadar 4.3% seperti yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Manakala, Makanan di rumah menurun kepada -0.1% pada Ogos 2025.
Berdasarkan taburan negeri pula, 10 negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional, 1.3% dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.1%). Manakala 4 negeri lagi di paras inflasi yang lebih tinggi iaitu Johor (2.0%), Selangor (1.5%), Terengganu (1.5%) dan Negeri Sembilan (1.4%).
