Artikel

Sistem Penggenapan 5 Sen Kekal Diteruskan – Kerajaan Tiada Hasrat Laksana Kajian

Sistem Penggenapan 5 sen di pasaran Malaysia, dijelaskan masih diteruskan dan tiada kajian lanjut akan dilaksanakan ke atas sistem ini dalam masa terdekat. 

Ini kerana selagi mana sistem tersebut tidak menganggu sebarang urusan perniagaan dalam negara, Kementerian Kewangan (MOF) pada laporan melihat tiada keperluan untuk mengkaji isu tersebut. Makluman ini ini berbangkit susulan sistem ini dilihat sekadar menguntungkan kumpulan peniaga sementara pengguna pula berdepan kerugian biarpun pada amaun yang kecil.

Buat pengetahuan, Mekanisme Penggenapan ini telahpun diperkenalkan sejak 1 April 2008. Di mana sekiranya keseluruhan bil pengguna berakhir dengan 1,2,6 dan 7 sen maka ia akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat. Dan jika bil pengguna berakhir pada 3,4,8 dan 9 sen terdekat maka ia akan dinaikkan kepada 5 sen terdekat.

Melalui sistem ini, para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian sementara pengguna pula akan dapat nikmati aliran pembayaran yang lebih cepat dan mudah.