Artikel

Rapid Rail Akan Perkenal Sistem Pantau Kepadatan Tren – Mudahkan Pengguna Ketahui Tahap Kesesakan

Tidak lama lagi, pengguna pengangkutan tren akan meraih sistem pemantauan kepadatan tren secara langsung. Di mana membolehkan para pengguna ketahui kedudukan tren yang penuh mahupun kosong sebelum tiba di platform stesen.

Pengenalan ini dikongsikan Rapid Rail pada laporan Bernama Radio – yang mana menjelaskan akses tersebut akan memudahkan pengguna ketahui pintu gerabak mana yang masih miliki kapasiti kekosongan untuk penumpang baharu. Tidak hanya itu, Rapid Rail turut sedang menaiktaraf kamera litar tertutup )CCTV) sedia ada kepada sistem CCTV berasaskan kecerdasan buatan (AI) di semua fasiliti.

Keperluan naiktaraf ini akan membantu operasi mengesan tingkah laku yang mencurigakan seperti serangan seksual, terdapat objek berbahaya serta jantina penumpang khususnya yang berada di koc wanita.

Selain perkembangan itu, Rapid Rail turut memaklumkan ketika ini tiada sebarang makluman berhubung kenaikan harga tambang dan menjelaskan sekiranya terdapat perubahan perkara itu akan dilaksanakan di bawah persetujuan Kementerian Pengangkutan.