Artikel

51% Pengguna Malaysia Akui Kurangkan Aktiviti Berbelanja, Kesan Caj Penghantaran Yang Mahal – Milieu

Sekitar 86% rakyat Malaysia dilihat akan laksana perbelanjaan secara atas talian, sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan. Biarpun aliran perbelanjaan ini dilihat rancak namun, lebih separuh pengguna Malaysia akui tidak akan meneruskan perbelanjaan sekiranya caj penghantaran tinggi. 

Dapatan Beyond the Hype: Malaysians Want Speed and Smarter Shopping in 2025 oleh Milieu Insight ini mendedahkan tabiat berbelanja di pasaran tempatan tidak sekadar tertumpu kepada penawaran harga semata. Pelbagai aspek akan dipertimbang pengguna, antaranya keyakinan terhadap tindak balas peniaga (53%), penawaran diskaun dan miliki penarafan tinggi (70%) dan penghantaran pantas (47%). 

Namun kadar kos logistik yang lebih mahal dilihat berupaya membantutkan tindakan pembelian sebilangan pengguna. Ini kerana 67% pengguna secara jelas mahu platform e-dagang mengurangkan yuran penghantaran, 51% pula telah mengurangkan aktiviti berbelanja sekiranya dapati kos penghantaran mahal dan 38% pula akan menghentikan tindakan pembelian sekiranya polisi pemulangan, bayaran balik tidak dibenarkan. Tindakan ini jelas tinjauan untuk memastikan hak pengguna tidak dimanipulasi oleh peniaga.

Dan menariknya, jenama kurier kurang penting bagi pembeli, dengan 59% berkata mereka hanya peduli barang sampai tepat pada masanya dan dalam keadaan baik. Bagi pengguna, prestasi logistik yang konsisten tanpa mengira kurier hanyalah sebahagian daripada jangkaan perkhidmatan keseluruhan, bukan pilihan yang mereka timbangkan.