Pendekatan kaedah penyasaran subsidi RON95 kelak dijelaskan tidak hanya tertumpu kepada penggunaan MyKad secara fizikal semata. Perihal itu turut akan melibatkan pelbagai sokongan akses digital antaranya aplikasi digital syarikat minyak.
Perluasan saluran ini menurut laporan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) – biarpun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada pada Mykad, namun pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata. Maka bersama sokongan integrasi data MyKad dengan aplikasi syarikat minyak di pasaran Malaysia, maka usaha itu akan membantu penyaluran subsidi sampai terus kepada golongan yang layak, terutamanya kumpulan B40 dan M40, di samping mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan dana awam.
Melalui pendekatan ini, ia diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan rakyat yang benar-benar memerlukan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif.
Berdasarkan makluman awal, antara aplikasi yang meraih akses integrasi ini adalah seperti aplikasi Setel, TNG eWallet dan CaltexGo. Adanya akses ini ia tidak sekadar memudahkan pengguna sekiranya berdepan isu kerosakan MyKad tetapi turut meluaskan ganjaran pengguna pada penggunaan aplikasi sedemikian.