Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan akan menamatkan penggunaan SMS TAC secara berperingkat tidak lama lagi. Di mana semua urusan transaksi dan pengesahan atas talian akan beralih sepenuhnya ke i-Akaun Secure yang terdapat pada aplikasi KWSP.

Ini merupakan langkah progresif KWSP untuk memperkukuh tahap keselamatan akaun ahli daripada ancaman penipuan siber. Dengan beralih ke i-Akaun Secure, proses pengesahan kini berlaku dalam satu platform yang lebih selamat dan terkawal.
Untuk makluman umum penggunaan i-Akaun Secure ini telahpun diperkenalkan sejak 6 Januari 2025 lagi, di mana kini penggunaan ciri tersebut telahpun tersedia pada aplikasi. Melibatkan pengesahan transaksi untuk urusniaga seperti Permohonan Penamaan, Simpanan Shariah, i-Sayang, i-Saraan, Pengeluaran Perumahan, Pengeluaran Akaun Fleksibel, Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 juta dan Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60.
Dengan peralihan secara berperingkat ini, semua pencarum KWSP diminta untuk peka akan sebarang perubahan kelak. Jadi sekiranya para pencarum masih mengaktifkan i-Akaun Secure ini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya menerusi aplikasi KWSP.