Artikel

CIMB, Maybank Maklum Sebilangan Khidmat Akan Tergendala – Pada 20 September Ini

Pada 20 September ini, pengguna CIMB Bank dan Maybank dimaklumkan akan berdepan gangguan ke atas sebilangan khidmat kedua bank ini secara berjadual susulan tindakan penyelenggaraan.

Mengikut notis CIMB Bank, perkhidmatan yang akan berdepan gangguan adalah Sistem MyDebit, khidmat terminal ATM, MEPS dan CDM pada jam 12.00 pagi sehingga 8.00 pagi.

Manakala notis Maybank pula memperincikan khidmat yang terkesan pada tarikh tersebut adalah DuitNow Transfer, DuitNow, DuitNow Request dan DuitNow QR. Malah khidmat JomPay, Interbank GIRO, FPX dan Debit Mandate dijelaskan turut berdepan gangguan. Selain itu khidmat ATM dan pertukaran mata wang juga tidak tersedia. Untuk pengguna Maybank terdapat dua sesi masa akan khidmat gangguan tersebut iaitu pada jam 3.00 pagi-6.00 pagi dan 12.00 pagi-6.00 pagi.

Dengan makluman ini, diharap kedua pengguna CIMB dan Maybank peka terhadap situasi yang akan berlaku dan laksana langkah alternatif untuk melunaskan urus-niaga anda tanpa gangguan.