Artikel

Touch ‘n Go Kini Keluarkan Siri Kad, Charm Buku 555 – Buat Pengguna Malaysia

Siapa sangka buku notal kecil dengan paparan 555 yang sering kita guna ketika zaman sekolah untuk dijadikan buku simpan kira-kira atau buku hutang – kini menjadi antara inspirasi koleksi edisi kad dan charm terbaharu Touch ‘n Go (TNG) bersama Home Too Much iaitu siri kad Buku 555 sempena sambutan Hari Malaysia bulan ini. 

Pastinya kumpulan yang membesar era 90-an dan 2000-an akan terimbau dengan kenangan melihat pada siri Buku 555 ini. Koleksi ini untuk makluman terdiri daripada edisi kad, charm dan pemegang kad. Sepertimana edisi lain, kad TNG ini boleh digunakan untuk pembayaran di lebuhraya dan pengangkutan awam seperti Pas Perjalanan.

Sekiraya anda berminat, boleh layari di portal MyTouchnGo untuk tindakan pembelian. Ketika ini diperincikan harga jualan untuk kad adalah RM25, charm RM35 dan pemegang kad pula RM55. Kesemua penawaran ini hadir dengan promosi eksklusif di laman MyTouchnGoShop.