Bermula 22 September ini sehingga 28 Februari 2026, rakyat Malaysia dan warga Singapura yang sering berulang-alik di antara sempadan Johor dan Singapura akan menyaksikan satu perubahan besar. Pintu masuk sempadan di kedua wilayah iaitu Komplekas Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura akan memulakan percubaan sistem imigresen tanpa pasport melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).
Sistem baru ini untuk makluman adalah sebahagian usaha untuk menggantikan proses konvensional di mana pengguna perlu menyerahkan pasport kepada pegawai imigresen. Sebaliknya, kelak boleh menggunakan kod QR yang dihasilkan dari aplikasi mudah alih.
Adanya akses ini ia sekaligus dapat mempercepatkan proses pelepasan imigresen dan menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), proses ini berupaya memberi penjimatan masa kepada 5 saat sahaja untuk setiap individu.
Biarpun matlamat sistem untuk mengurangkan tindakan dokumen fizikal namun pasport masih menjadi dokumen perjalanan sah dan wajib di bawa bersama. Sistem ini adalah percubaan untuk memudahkan pergerakan, bukan untuk menggantikan pasport. Ia masih terikat dengan Akta Imigresen 1959/63, dan pasport anda mungkin diperlukan untuk pemeriksaan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa.
Selari dengan pelaksanaan rintis tersebut kelak percubaan ini akan dikembangkan ke 5 lapangan terbang antarabangsa yang lain seperti KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2, LTA Bayan Lepas, LTA Kota Kinabalu dan LTA Kuching.
