Setelah mencapai tahap kemajuan yang membrangsangkan pada fasa pengujian bersama rakan niaga Grab – GXBank hari ini memaklumkan akan menawarkan khidmat Perbankan Bisnes GX kepada pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di pasaran Malaysia.
Untuk peringkat awal, khidmat ini akan disediakan untuk kumpulan perniagaan milikan tunggal – di mana kumpulan ini akan meraih akses kewangan yang lebih fleksibel diikuti tawaran penjimatan pada tindakan penyelesaian pinjaman.
Terdapat dua produk utama disediakan di bawah khidmat ini merangkumi Akaun GX Biz yang boleh dibuka kurang daripada 8 minit menerusi aplikasi tanpa memerlukan dokumen fizikal. Menerusi akaun ini kumpulan peniaga akan menikmati faedah harian 1% setahun, tiada caj yuran bulanan, tiada syarat baki minimum dan meraih sokongan khidmat pelanggan 24 jam. Produk kedua, GX Biz Flexiloan pula adalah akses kepada perolehan modal sehingga RM150,000 buat kumpulan peniaga, yang mana miliki pilihan bayaran balik sehingga 3 tahun dan pengecualian caj untuk tindakan penyelesaian awal.
Menerusi akses ini, ia dilihat bertepatan dengan matlamat GXBank untuk tidak sekadar membantu kumpulan pengguna individu tetapi termasuklah komuniti peniaga yang kurang mendapat perhatian perbankan. Adanya medium ini, ia tidak sekadar merancakkan ekosistem perniagaan di Malaysia tetapi turut menyokong pertumbuhan PMKS di pasaran hadapan.
Selain penawaran khidmat itu, GXBank turut hadir dengan inisiatif Jaguh Niaga yang menyediakan pembiayaan infklusif iaitu tidak sekadar membantu perolehan modal tetapi meliputi akses rangkaian penyelesaian digital bersama peniaga tempatan. Usaha ini dijangka akan melibatkan penyertaan sekitar 10,000 PMKS pada perolehan manfaat seperti penyertaan perniagaan di platform Grab, pengurusan sumber manusia dan terminal pembayaran digital.
Oleh itu, bagi mengetahui lanjut khidmat ini semua pihak boleh layari laman Perbankan Bisnes GX dan Jaguh Niaga untuk tindakan seterusnya.