Bagi menyelaraskan klasifikasi tanah dan menampung kepesatan pembangunan ekonomi, sosial semasa penduduk negeri – Pulau Pinang kini mengumumkan pewartaan pindaan sempadan bagi 10 bandar sedia ada serta tindakan mewujudkan 25 bandar baharu di negeri tersebut.
Pindaan ini menurut notis Ketua Menteri Chow Kon Yeow telahpun dicapai pada 4 September lalu melalui Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan Seksyen 11 (ca) dan 11(d) Kanun Tanah Negara (Akta 828) melibatkan lebih 210,000 hak milik tanah dan 184,000 hak milik strata.
Dengan pelaksanaan tersebut ia sekaligus membantu pentadbiran negara mencapai langkah pembangunan yang lebih cekap dan teratur, selaras dengan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 bagi tempoh 2018-2025.
Ini perincian berhubung perluasan sempadan dan cadangan pembangunan bandar baharu di Pulau Pinang:
