Artikel

Jaya Grocer Melabur Lebih RM100 Juta – Pada Gudang Automatik Pertama Di Selangor

Jaya Grocer kini mengumumkan pelaburan lebih RM100 juta pada gudang automatik baharu operasi di Selangor – bagi meningkatkan kecekapan kumpulan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran yang dipacu sokongan teknologi.

Gudang automatik Jaya Grocer ini mengikut laporan akan berperanan selaku hab pengedaran kumpulan. Di mana dapat memenuhi kapasiti pengisian stok dengan lebih pantas dan efektif. Selain bertindak meningkatkan rantaian bekalan runcit, usaha ini secara langsung kelak akan memberi pulangan semula kepada komuniti dan ekonomi setempat.

Setakat ini lebih 50 cawangan Jaya Grocer di seluruh Malaysia akan meraih manfaat disebalik peningkatan kecekapan pusat pengedaran tersebut.