Artikel

Zetrix AI, JAKIM Bekerjasama Bangunkan Kerangka AI Patuh Syariah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini mengumumkan laksana kerjasama strategik dengan Zetrix AI untuk membangunkan kerangka Kercerdasan Buatan (AI) patuh syariah pertama di Malaysia.

Inisiatif rintis ini mengikut laporan akan membawa kepada perubahan pada ekosistem ekonomi Islam semasa – dalam tindakan pematuhan, pensijilan dan tadbir urus syariah menggunakan AI.

Usaha ini amat revelan memandangkan jangkaan nilai ekonomi digital halal akan mencapai RM24.1 trilion menjelang tahun 2030. Maka kerjasama ini secara langsung menggabungkan peranan tradisional institusi Islam dengan sokongan teknologi moden. Kebersamaan itu sekaligus membawa perubahan yang baik pada keseluruhan ekosistem halal.

Pada kerjasama itu, JAKIM akan memain peranan kritikal dalam tindakan bimbingan pensijilan, pengurusan dan penelitian piawaian etika NurAI. NurAI untuk makluman merupakan medium bot dibangunkan untuk menjawab segala persoalan agama. Dengan penglibatan JAKIM, peranan ini akan sentiasa didasari berpandukan prinsip-prinsip syariah yang benar. Melalui kesepakatan itu juga, ia tidak sekadar meluaskan ekosistem ekonomi halal negara tetapi turut membuka peluang dan membantu Malaysia meneroka keperluan AI di pasaran antarabangsa.