Bagi memastikan kestabilan harga barangan, makanan asas di Malaysia dijamin akan terus terkawal – ini termasuklah ke atas bahan makanan haiwan, dimaklumkan bahan kacang soya mentah yang merupakan komponen utama dalam penghasilan makanan haiwan telah dikecualikan daripada Cukai Jualan.
Penjelasan Kementerian Kewangan (MOF) pada notis minggu lalu ini dibuat berdasarkan maklum balas industri bahawa kacang soya merupakan input utama dalam penghasilan makanan haiwan.
Sementara bahan mentah lain yang turut digunakan dalam formulasi makanan haiwan, MoF kini masih meneliti isu ini secara menyeluruh, termasuk melalui sesi libat urus dan semakan teknikal bersama pihak berkepentingan. Melalui makluman itu, secara langsung tidak memberi beban kos tambahan kepada pemilik haiwan penternakan.