Sempena sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, Ryt Bank mengangkat semangat perpaduan dan keterangkuman negara dengan melancarkan aplikasi dalam versi Bahasa Cina, melengkapi versi sedia ada dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris buat pasaran Malaysia.
Tindakan ini sekaligus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengakses perbankan digital yang selamat dan lancar dalam bahasa yang mereka fahami — menjadi satu langkah yang penting buat Ryt Bank ke arah kewangan digital inklusif.
Selain perkembangan itu, juga dimaklumkan pada akhir September ini ciri Ryt AI akan menyokong pembayaran QR selain pindahan wang dan bayaran bil, dengan ciri toggle yang ditambah baik untuk pengalaman transaksi lebih pantas dan lancar. Tidak hanya itu, pada tempoh yang sama – aplikasi kelak turut menawarkan aliran JomPAY bersepadu sepenuhnya, memudahkan pelanggan menguruskan bil dan pembayaran di satu medium. Sama-sama kita nantikan!
