Sarawak kini dilihat terus mengukuhkan peranan negeri dalam rangkaian pembekalan cip global – prestasi ini susulan X-Fab Silicon Foundries SE melaksanakan pelaburan RM3 bilion untuk meluaskan operasi kilang mereka di negeri tersebut.
Pengeluar cip Jerman ini menjelaskan, suntikan pelaburan itu bertujuan meningkatkan operasi anak syarikatnya, X-FAB Sarawak daripada 30,000 kepada 40,000 wafer sebulan merentasi keperluan automotif, perubatan serta industri.
Menerusi perluasan operasi itu, ia tidak sekadar mengukuhkan sektor semikonduktor Malaysia tetapi turut menyokong pertumbuhan sosioekonomi di Sarawak dengan mewujudkan manfaat yang lebih besar kepada ekonomi setempat dengan penawaran pekerjaan bernilai tinggi yang lebih luas buat bakat tempatan. Setakat ini dijelaskan, sekitar 95% petugas X-FAB adalah merupakan bakat Sarawak.