Artikel

CTOS, MyDigital ID Kini Teroka Integrasi – Mahu Perkukuhkan Pengesahan Identiti Digital

CTOS Digital kini secara rasminya menjadi agensi pelaporan kredit pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama strategik dengan MyDigital ID. Melalui kesepakatan itu, kedua pihak akan meneroka penggunaan identiti digital pada proses Kenali Pelanggan Anda secara elektronik (eKYC). 

Penelitian itu turut melibatkan CTOS Data Systems, yang turut akan menilai penyesuaian langkah untuk membolehkan penggabungan MyDigital ID ke dalam proses pengesahan sedia ada perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk membina asas bagi penyelesaian eKYC yang lebih selamat, cekap, dan lancar, menyokong usaha mengurangkan risiko penipuan, meningkatkan pematuhan, dan menggalakkan penggunaan digital yang lebih meluas.

Menerusi perluasan perkongsian tersebut, usaha ini tidak sekadar menambahbaik tahap keselamatan ekosistem tetapi turut meningkatkan keyakinan dan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.