Artikel

CIMB Maklum Gangguan Khidmat ATM, CDM Dan Sistem MyDebit – Pada 13,14, 16 Dan 20 Sept Ini

CIMB Bank kini telah mengeluarkan notis kepada semua pihak – yang mana sebilangan perkhidmatannya akan berdepan gangguan susulan proses penyelenggaraan. Perkhidmatan yang terkesan adalah terminal layan diri seperti ATM, MEPS dan mesin deposit tunai (CDM). Malah perkhidmatan Sistem MyDebit turut akan terjejas. 

Notis CIMB pada minggu ini telah memperincikan tempoh gangguan – perkhidmatan ATM, MEPS dan CDM:

  • Sabtu, 13 September – 00.00  pagi sehingga 8 pagi
  • Ahad, 14 September – 00.00 pagi sehingga 5 pagi
  • Selasa, 16 September – 00.00 pagi sehingga jam 6 pagi

Sementara gangguan Sistem MyDebit pula akan berlaku pada tempoh sedemikian:

  • Sabtu, 13 September – 00.00 pagi sehingga 8 pagi
  • Ahad, 14 September – 00.00 pagi sehingga 5 pagi
  • Selasa, 16 September – 00.00 pagi sehingga 6 pagi
  • Sabtu, 20 September – 00.00 pagi sehingga 8 pagi

Dengan makluman ini, semua pengguna CIMB diminta untuk mengambil langkah alternatif dengan menggunakan akses transaksi melalui perbankan atas talian aplikasi. Di mana akses ini kekal boleh guna seperti biasa untuk tindakan pemindahan wang, pembayaran bil serta semakan bil. Bersama peringatan itu, diharap semua pihak peka akan isu gangguna yang berbangkit kelak.