Selari dengan semangat kebersamaan – PolicyStreet kini menawarkan RM100 diskaun cukai jalan buat pemilik kenderaan Proton dan Perodua bersempena dengan sambutan Hari Malaysia bulan ini.
Penawaran ini untuk makluman bertepatan dengan status kedua jenama tersebut selaku kereta nasional. Penawaran ini dijelaskan akan bermula pada 16 September sehingga 24 September 2025 dengan hanya memerlukan pengguna melanggan Keahlian Drive+ pada harga RM9.16 iaitu simbolik kepada tarikh Hari Malaysia.
Namun perlu difahami, tawaran eksklusif ini hanya tersedia pada waktu jualan kilat sahaja iaitu selama 2 jam dari 11 pagi sehingga 1 tengahari bersama slot terhad pada tempoh tersebut. Sementara untuk pengguna yang telahpun melanggan Drive+, anda miliki pilihan membayar RM1 di luar watu jualan kilat dan meraih diskaun cukai jalan RM72 atau membayar RM9.16 ketika waktu jualan kilat untuk meraih diskaun cukai jalan RM100.
Sekiranya para pengguna berkaitan berminat, semua pihak boleh merujuk pada terma dan syarat penawaran di laman PolicyStreet.