Johor hari ini mencapai persetujuan bersama dengan meluluskan peruntukan lebih RM209 juta untuk tindakan melaksanakan 42 inisiatif tambahan, bagi membantu sekitar 1.9 juta penduduk negeri depani tekanan kos semasa.
Antara inisiatif yang akan direalisasikan mengikut laporan adalah perluasan Jualan Kasih Johor melibatkan jumlah RM13.7 juta, Agihan Bakul Makanan sekitar RM5.88 juta, Agihan Bakul Kasih Deepavali 2025 berjumlah RM4.95 juta, Aktiviti Kemasyarakatan Kaum Cina berjumlah RM2 juta dan Program Infaq Jumaat sebanyak RM1.72 juta.
Tidak hanya itu, kerajaan negeri turut mengumumkan akan memberi bantuan tunai RM200 secara one-off kepada beberapa kumpulan penerima iaitu 88,882 mahasiswa, 39,540 pemandu seru-pandu dan penghantaran, 24,711 veteran tentera dan pesara polis, 22,000 petani, 17,702 warga emas, 6,629 nelayan, 5,732 penternak dan 2,870 pemandu teksi.
Malah peruntukan RM100,000 turut akan disalurkan kepada setipa 56 DUN untuk tindakan pengurusan dan mendepani isu Monsun Timur Laut. Dengan agihan dana sedemikian, ia secara langsung memberi nilai tambah kepada penduduk negeri dalam mengimbangi tekanan kos mereka di pasaran semasa.