Dengan rekod tempahan tempat duduk meningkat 7.5% kepada 3.32 juta, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini disenaraikan selaku lapangan terbang kedua paling sibuk di Asia Tenggara.
Tinjauan firma analisis perjalanan global iaitu OAG Aviation ini mengikut laporan menjelaskan prestasi itu secara jelas membawa kepada peningkatan kemasukan pelancong dan pemulihan tahap keyakinan pengguna telah berlaku secara berkala pada pasaran penerbangan Malaysia. Bagi tahun 2025, Malaysia menjangkakan seramai 31 juta pelawat antarabangsa direkodkan bersama pulangan pelancongan disasar sekitar RM125.5 bilion.
Pada kedudukan menyeluruh, Lapangan Terbang Changi, Singapura terus menggungguli tempat pertama sementara Lapangan Terbag Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta, Indonesia pula ditempat ke-3. Mengikut perincian Changi dilihat mengekalkan prestasi operasi dengan pengendalian sejumlah 69 juta penumpang pada 2024, manakala KLIA pula dilihat mulai merapati jurang dengan pengendalian 57 juta penumpang dan Soekarno-Hatta pula dengan kiraan pengenaalian sehingga 55 juta penumpang setahun.