Laporan terbaharu mendedahkan dunia bakal berdepan kerugian ekonomi yang tinggi iaitu mencecah lebih $4 trilion setiap tahun menjelang 20235 – sekiranya isu berat badan berlebihan dan obesiti tidak ditangani segera. Angka ini secara langsung memberi amaran jelas bahawa isu obesiti bukan sekadar masalah kesihatan peribadi tetapi berisiko jafi ancaman besar kepada kestabilan ekonomi global.
Jangkaan ini menurut data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memperincikan hampir 1 daripada 10 kumpulan anak-anak yang berusia 5 hingga 19 tahun didapati menghidap obesiti pada tahun ini.
Situasi ini didorong pelbagai faktor – selain disebabkan peningkatan pengambilan makanan ultra-proses bagi menggantikan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein dalam kalangan kumpulan serta peningkatan kos makanan sihat, faktor seperti pemasaran digital juga dilihat turut meluaskan akses tersebut kepada golongan muda di pasaran dunia.
Di mana 75% belia berusia 13-24 tahun akui terdedah kepada iklan minuman bergula, snek, atau makanan segera dalam tempoh seminggu. Dan 60% daripada mereka mengakui iklan tersebut meningkatkan keinginan mereka untuk mengambil makanan tersebut. Keadaan ini tidak sekadar memberi kesan kepada negara maju tetapi 68% belia di negara yang dilanda konflik turut mengakui terdedah kepada pemaparan iklan sedemikian.
Lebih membimbangkan data juga menjelaskan kini kumpulan berlebihan berat badan telah meningkat dua kali ganda kepada 391 juta individu – menjadikan lebih ramai golongan muda berdepan isu obesiti berbanding kekurangan zat makanan.
Maka untuk mengimbangi semula isu ini, UNICEF menyeru setiap negara melaksanakan dasar pengawalan makanan tidak berkhasiat – dengan pengenaan cukai, tetapkan had pemaparan iklan dan menyokong perluasan akses makanan segar kepada lapisan masyarakat. Tindakan ini tidak sekadar menamatkan kerugian tetapi turut melindungi kesejahteraan pengguna di masa hadapan.