Menjelang akhir tahun ini, kerajaan akan mewajibkan semua pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID.
Makluman ini menurut Kementerian Komunikasi pada sidang media petang ini, bertujuan mengukuhkan keselamatan dan tindak-balas negara dalam menangani kelemahan sistem semasa. Tindakan tersebut termasuklah pemantauan ke atas pendaftaran kad SIM di bawah satu nama yang tinggi.
Oleh itu, syarikat telekomunikasi akan diarah memastikan proses pendaftaran tersebut menggunakan akses MyDigital ID. Pelaksanaan ini dijelaskan mungkin akan direalisasikan sekitar November mahupun Disember 2025 ini.
Setakat Julai lalu, sejumlah 82 sistem telahpun diintegrasikan bersama MyDigital ID dengan seramai 2.8 juta rakyat Malaysia telah mula mendaftar dan memiliki MyDigital ID pada pasaran semasa.