Asia Digital Engineering (ADE) – cabang perniagaan penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) di bawah Capital A kini telah berjaya mencapai perjanjian jangka masa panjang bersama Air France pada tugas penyelenggaraan armada pesawat Airbus A330-200.
Tugas ini mengikut notis AirAsia akan dimulakan pada Oktober 2025 dengan penyelenggaran melibatkan 5 pesawat, kelak peranan tersebut akan alami penambahan secara berperingkat. Dengan kesepakatan tersebut ini secara langsung menunjukkan ketersediaan Malaysia selaku hab MRO di rantau Asia Pasifik dan kelak berupaya diperluas kepada pasaran antara Eropah dan Asia.

Secara menyeluruh ADE telah melaksanakan lebih 180 pemeriksaan penyelenggaran asas dan miliki pensijilan EASA Eropah dan pensijilan FAA Amerika Syarikat (AS). Dengan kreadibiliti itu, ADE turut diiktiraf selaku Pertubuhan Penyelenggaran Diluluskan (AMO) melibatkan 10 negara, seperti Indonesia, Singapura, India dan Vietnam.