Bermula tahun 2026, Microsoft mengesahkan pihaknya kini telah mengemaskini polisi dasar kerja dengan kelak mewajibkan para pekerja untuk bertugas di pejabat sekurangnya 3 hari seminggu.
Pelarasan ini mengikut notis Microsoft, akan dilaksanakan secara berperingkat di bawah 3 fasa iaitu fasa awal dikenakan untuk kumpulan pekerja yang tinggal dalam lingkungan 50 batu dari ibu pejabat mereka di Redmood, Washington. Fasa kedua pula akan diperluas ke cawangan lain di AS dan fasa ketiga pelarasan itu akan dikemaskini untuk cawangan pasaran antarabangsa.
Microsoft melihat perubahan dasar ini berupaya meningkatkan semula tahap produktiviti syarikat serta menggalakkan kembali tindakan kerjasama petugas secara bersemuka dicapai. Secara menyeluruh, segala perincian berhubung model tempoh pekerjaan itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Selain Microsoft, langkah ini turut disahut oleh beberapa syarikat gergasi teknologi dan kewangan lain seperti Google, Apple, dan Amazon telah mewajibkan polisi kehadiran fizikal sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, manakala gergasi kewangan seperti JPMorgan Chase pula lebih tegas, meminta sebahagian besar pekerjanya untuk kembali ke pejabat lima hari seminggu. Polisi ini menjelaskan walaupun pemain teknologi menawarkan model bekerja di mana jua namun kumpulan syarikat besar ini masih percaya bahawa inovasi dan budaya syarikat akan lebih berkembang menerusi interaksi secara bersemuka.