Sidang Dewan Negara semalam telah mencapai kesepakatan dengan bersetuju meluluskan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 pada pasaran Malaysia. Keputusan ini sekaligus akan memberi rangka perlindungan yang lebih baik ke atas 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.
Berdasarkan kelulusan ini, antara 7 aspek utama yang diketengahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) adalah selain menambahbaik struktur perlindungan sosial, penentuan kadar pendapatan minimum juga akan diteliti, diikuti fleksibiliti pekerjaan dikekalkan serta pelarasan pendekatan penyelesaian akan sebarang isu pertikaian yang berbangkit.
Tumpuan ini dijelaskan telah mengambilkira hasil pelaksanaan 40 sesi libat urus bersama lebih 4,000 pemegang taruh di seluruh negara merangkumi syarikat platform gig, persatuan pekerja gig, kesatuan sekerja, ahli akademik dan pertubuhan antarabangsa.
Selari dengan penanda aras Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), melalui kelulusan rasmi ini Malaysia menjadi antara negara rujukan kepada rantau ASEAN dalam pengawalseliaan pasaran ekonomi gig. Usaha ini tidak sekadar memperlihatkan Malaysia selaku negara peneraju tetapi turut membantu kumpulan pekerja gig meraih perlindungan setimpal dengan sumbangan mereka pada pembangunan ekonomi gig negara.