Artikel

GXBank Sasar Tingkatkan Tahap Celik Kewangan Lebih 1 Juta Pengguna – Bersama AKPK

Tidak semua individu yang mempunyai wang memiliki pengetahuan dalam menguruskannya – berlandaskan situasi itu, GXBank bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kini mengumumkan perkongsian strategik mereka dalam usaha meningkatkan tahap celik kewangan kalangan penduduk Malaysia. 

Melalui kerjasama itu, GXBank yang memiliki lebih 1 juta pengguna ini melihat langkah strategik ini memainkan peranan penting buat operasi khususnya mereka tidak sekadar menyediakan akses kewangan seperti FlexiCredit kepada pengguna individu bahkan kepada pemain perniagaan semasa kelak.

Sebagai perincian kedua pihak akan membangunkan kandungan pendidikan kewangan kepada kedua pengguna tidak sekadar pada saluran digital tetapi turut akan perluaskan pendidikan pengurusan kewangan dan hutang pada acara fizikal. Selain itu, GXBank dan AKPK turut bersetuju mengiktegrasikan sokongan pengurusan kredit bersama kumpulan pengguna berkaitan.

Adanya kemudahan ini, ia sekaligus dapat memastikan tahap kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia terus meningkat khususnya pada kapasiti simpanan hadapan dan dana kecemasan.