Selaras dengan matlamat meluaskan pendidikan kewangan kalangan penduduk Malaysia – BigPay bersama CTOS kini mengumumkan kerjasama strategik dengan membolehkan pengguna negara mengakses skor kredit mereka secara terus pada aplikasi BigPay.
Dengan langkah integrasi tersebut, pengguna dapat menjejaki dan memahami kesan di sebalik aliran perbelanjaan mereka. Melalui kebersamaan itu, dijangka sekitar 1.6 juta pengguna aktif BigPay dapat memanfaatkan ciri tersebut dan sekaligus memberi nilai tambah kepada pengetahuan status kewangan mereka.
Maka untuk mengalakkan penggunaan akses tersebut, kedua pihak turut melancarkan inisiatif ganjaran cabutan bertuah sehingga 2 Disember 2025 ini. Di mana bagi pengguna berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik bernilai RM3,000 ke Perth Australia sekiranya menyertai pembelian Laporan Skor CTOS pada aplikasi BigPay. Bagi ketahui maklumat lanjut semua pihak boleh merujuk pada aplikasi BigPay mahupun laman rasmi CTOS untuk tindakan berikut.