Kini lebih ramai pelawat asing di Malaysia dan rakyat yang melancong ke luar negara mula memanfaatkan akses pembayaran respons pantas (QR) rentas sempadan pada pasaran semasa. Peningkatan ini melibatkan sejumlah 11.8 juta transaksi bersama nilai RM967 juta telah direkodkan untuk tempoh 6 bulan pertama 2025.
Data ini menurut laporan secara jelas memaparkan peningkatan ketara berbanding prestasi 2024 dengan rekod 11.7 juta transaksi bernilai RM860 juta. Di mana hasil perluasan akses pembayaran Malaysia bersama negara antarabangsa yang lain, ia telah membawa kepada peningkatan secara berkala. Antaranya melibatkan jalinan transaksi di Singapura, Thailand, Kemboja dan Indonesia. Tidak hanya itu, rangkaian transaksi juga meluas pada pasaran di China dan Korea Selatan.
Selain kemajuan akses pembayaran itu, BNM kini dijelaskan sedang laksana kerjasama dengan bank pusat dari 3 negara ASEAN dan India di bawah Projek Nexus dalam membangunkan rangkaian pembayaran rentas sempadan pelbagai hala. Melalui kebersamaan itu, projek ini dijangka dapat beroperasi menjelang tahun 2027 kelak. Dengan perluasan itu, ia sekaligus akan merancakkan lagi aliran pembayaran segera domestik di pasaran seluruh dunia.