Artikel

Industri Media Kekal Berdepan Tekanan, Kesan Perbelanjaan Iklan Yang Lebih Perlahan

Media tradisional di pasaran Malaysia dilihat terus berdepan prestasi yang lebih rendah berikutan perbelanjaan iklan (adex) pada operasi terus menurun. Persekitaran tidak hanya didorong akan tumpuan kos media digital yang lebih rendah tetapi penampungan kos infrastruktur penyiaran fizikal juga turut menjadi faktor peningkatan tekanan tersebut.

Tinjauan Kenanga Research itu diteliti susulan prestasi adex bagi 2025 ini kekal perlahan dengan penurunan 14% secara tahunan kepada RM4.72 bilion. Prestasi adex ini memaparkan TV Percuma (-14%), media digital (-30%), akhbar (-5%), majalah (-8%) dan pawagam (-3%).

Sementara segmen media radio sahaja yang masih memaparkan aliran adex yang baik. Berdasarkan tinjauan menyeluruh Kenanga turut dapati hanya 25% syarikat media sahaja berjaya meraih prestasi mengikut jangkaan pasaran pada 2025 manakala bakinya kekal berdepan kesukaran.

Melihat pada perkembangan itu, firma menyarankan untuk industri media melaksanakan tindakan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) bagi mengukuhkan skala operasi. Perihal ini tidak sekadar meluaskan jejak pasaran kepada pengguna baharu tetapi turut membuka ruang sumber pendapatan baharu.