Artikel

PADU Diguna Untuk Tentu Kelayakan, MyKad Diguna Salur Subsidi Petrol RON95 – MOF

Kerajaan Malaysia kini di peringkat akhir dalam memuktamadkan syarat kelayakan dan kaedah pelaksanaan berhubung penyaluran subsidi petrol RON95 secara bersasar bersama pihak berkuasa untuk orang awam.

Penjelasan ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Negara hari ini menjelaskan tindakan itu dirangka dengan teliti bagi memastikan kumpulan rakyat bersasar meraih manfaat tersebut yang akan diumumkan pada akhir September ini. Difahamkan kerajaan bekerjasama dengan syarikat stesen minyak bagi pastikan sistem agihan subsidi melalui MyKad dapat digunakan oleh kumpulan bersasar ini laksana tindakan bayaran.

Berdasarkan keperluan itu, dijelaskan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pula akan digunakan untuk menentukan kelayakan kumpulan sedemikian. Maka tiada sistem sokongan yang dikecualikan, semua sistem bantuan negara akan dimanfaatkan untuk meraih rekod data kumpulan sasar yang telus.

Ketika ini sistem PADU diintegrasi bersama data 204 agensi berkuasa untuk tujuan mengemaskini 30.4 juta profil warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.