Artikel

Nusantara Berisiko Jadi ‘Projek Gajah Putih’ – Kesan Pembangunan Perlahan, Bajet Dikurangkan

Selepas setahun dirasmikan, ibu negara Indonesia yang dikenali sebagai Nusantara kini dilaporkan berdepan isu pemotongan bajet daripada 43.4 trilion rupiah (RM12.6 bilion) kepada 6.3 trilion rupiah (RM1.83 bilion) pada 2026.

Penurunan peruntukan ini mengikut laporan, berikutan Presiden Prabowo Subianto lebih menumpukan dana pada projek kebajikan mega berbanding pembangunan Nusantara. Setakat ini terdapat sekitar 1,000 kakitangan pihak berkuasa bandar dan beberapa ratus pekerja kementerian tinggal di Nusantara. Jumlah ini untuk makluman kelihatannya masih jauh daripada sasaran 2 juta penduduk Nusantara menjelang tahun 2045 kelak.

Melihat pada persekitaran semasa ini, infrastruktur kementerian di kota tersebut telah merekodkan tahap kemajuan 98%, namun kumpulan penganalisis kekal menzahirkan kebimbangan mereka akan risiko untuk pembangunan Nusantara menjadi projek gajah putih sekiranya aliran pembangunan kekal perlahan.