Selaras dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini – Pulau Pinang mengumumkan Muzium Feri Terapung akan dibuka secara rasminya pada 16 September 2025, buat pengamatan orang awam.
Muzium feri yang bertempat di Pengkalan Weld ini mengikut pengumuman rasmi Penang Ferry Museum akan mempamerkan pelbagai input sejarah berkaitan pengangkutan tersebut sejak pengenalan pada 1893.
Buat pengetahuan proses pemulihan semula feri ini sebagai muzium telahpun dilaksanakan sejak tahun 2022. Hasil tindakan itu, kos pembangunan muzium menelan perbelanjaan sekitar RM10 juta berikutan berdepan isu teknikal.
Secara menyeluruh, pengurusan muzium menjelaskan sekitar 150 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam. Pembelian tiket secara dalam
talian kini boleh dibuat sejak 8 September 2025 di laman web rasmi Penang Ferry Museum, manakala pembelian terus (walk-in) telahpun dibuka.
Dengan akses ini, ia tidak sekadar meluaskan lagi pengetahuan sejarah bersama penduduk tempatan, tetapi turut akan menjadi tarikan baharu Malaysia bersama pelancong antarabangsa berikutan ia merupakan muzium feri penumpang pertama seumpamanya di dunia.
Mengikut perincian pengurusan muzium terdapat 9 zon pameran tersedia, ini merangkumi:
• Galeri Sejarah – Koleksi dokumentasi, gambar lama dan kisah perjalanan lebih 100 tahun perkhidmatan feri.
• Galeri Replika – Model feri berskala, Diorama Pangkalan Sultan Abdul Halim Runtuh
• Koleksi Feri – Bahagian asal feri termasuk kerusi penumpang, stereng dan peralatan nautika.
• Bilik Tayangan – Sejarah perkhidmatan feri Pulau Pinang.
• Bilik Enjin – Bahagian enjin feri sebenar untuk tatapan lebih dekat (akses eksklusif VIP).
• Lorong Kenangan – Foto nostalgia, tiket lama dan sebagainya
• Ruang Aktiviti – Zon interaktif untuk pelajar, keluarga dan aktiviti pendidikan.
• Diorama – Miniatur suasana jeti dan operasi feri suatu ketika dahulu.
• Navigation Deck / Rooftop Café – Ruang pemandangan dengan simulasi pengalaman mengendalikan feri serta kafe dengan panorama laut
•Galeri Seni – Pameran lukisan daripada artis artis tempatan