Artikel

BNM Mengekalkan OPR Pada Kadar 2.75%

Hasil perbincangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah kekal di paras 2.75%, sebagaimana yang dilaras pada Julai lalu.

Keputusan ini dicapai berikutan pertumbuhan global dijangka akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal yang lebih baik. Namun perkembangan dasar perdagangan masih berupaya mempengaruhi pertumbuhan global pada masa hadapan, apabila kadar tarif berkuat kuasa kelak.

Selain itu pertumbuhan pasaran disasar kekal berisiko menjadi perlahan, meskipun pada tahap yang lebih rendah susulan kemungkinan tarif yang lebih tinggi, terutamanya tarif yang khusus bagi produk, serta ketegangan geopolitik yang semakin meruncing.

Secara menyeluruh ekonomi Malaysia masih memaparkan prestasi yang positif dengan sasaran perkembangan sehingga 4.8% pada tahun ini. Diikuti pretasi inflasi pada 2025 dan 2026 pula dijangka kekal sederhana susulan persekitaran kos global masih dalam kawalan negara.