Artikel

KPDN Kini Uji Sistem Aplikasi – Kelak Pengguna Perlu Imbas Kod QR Untuk Beli Minyak Masak Paket Bersubsidi 

Untuk memastikan tindakan agihan subsidi kekal telus dan saksama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang menguji sistem pada aplikasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi membolehkan para pengguna tempatan mengimbas kod QR jika ingin membeli minyak masak paket bersubsidi. 

Buat masa ini, langkah ujian rintis tersebut dilaksanakan pada medium jualan rahmah sahaja. Usaha ini jelas KPDN untuk memantau rekod jualan harga, pembelian dan memastikan pengesahan pembelian dilaksanakan oleh warganegara Malaysia.

Penjelasan yang dikongsikan pada sidang pelancaran awal E-Dagang ASEAN hari ini, turut memaklumkan perluasan ciri imbasan kod QR minyak masak paket bersubsidi itu hanya akan diperluaskan kepada cawangan runcit di seluruh negara setelah memenuhi segala keupayaan teknikal di pasaran kelak. Ketika ini pihaknya tiada garis masa yang mutlak akan pelaksanaan ciri tersebut bersama umum.