Boost Bank, antara pemain bank digital di pasaran Malaysia kini menggandakan khidmat kewangan mereka merentasi pelbagai segmen – terbaharu memperkenalkan pembiayaan motosikal bersama DCAP Digital bagi penyelesaian sewa beli digital pertama untuk pemilikan motosikal di Malaysia.
Penawaran akses pembiayaan ini untuk makluman telahpun dilaksana secara rintis sejak Jun lalu, hasil pengamatan positif kini Boost Bank buka penawaran secara umum kepada semua pengguna berkelayakan bersama pengedar motosikal terpilih sebelum diperluas secara menyeluruh.
Berdasarkan akses perkhidmatan, pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan sehingga 90% bagi moped baharu (bawah 250cc), disokong oleh proses kelulusan pantas bersama AI memberikan pengalaman pembiayaan yang lancar dan tanpa kerumitan. Selain itu produk ini dijelaskan turut menawarkan kadar faedah tetap sehingga 10% setahun, dengan tempoh pembiayaan fleksibel sehingga 60 bulan.
Sekiranya para pengguna berminat dan ingin ketahui lanjut, boleh merujuk pada laman Boost Bank – MotorBike Loan pada tindakan seterusnya.