Ketika ini tahap kebergantungan Malaysia terhadap syarikat semikonduktor milik negara asing dilihat kekal tinggi – memahami risiko disebaliknya, Malaysia kelak menyasarkan untuk memiliki sebanyak 100 syarikat Malaysia berkaitan semikonduktor dengan nilai pendapatan tahunan RM1 bilion bagi menamatkan isu kebergantungan tersebut.
Selain matlamat itu, negara juga menyasarkan untuk memiliki 10 syarikat tempatan pada bidang reka bentuk dan pembungkusan paling maju dengan nilai pendapatan tahunan $1 bilion.
Sasaran itu dikongsikan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada sidang Dewan Negara hari ini dengan memperincikan matlamat itu akan dicapai di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Di bawah komitmen NSS, kerajaan Malaysia optimis sasaran itu berupaya dicapai berikutan industri semikonduktor negara telah berkembang lebih 50 tahun dan miliki kekuatan tersendiri khususnya sebagai hab arena pengujian dan pembungkusan bersama kumpulan pelabur utama. Berdasarkan data sejak awal 2024 sehingga suku pertama 2025, NSS telah mencatat kemajuan dengan penyediaan latihan kepada 4,557 jurutera, tenaga teknikal dan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada pasaran Malaysia.