Bersempena sambutan Hari EV sedunia pada bulan ini, Pos Malaysia kini dilihat meluaskan komitmen syarikat pada penggunaan kenderaan elektrik (EV) – dengan penambahan 136 unit van elektrik pada operasi kumpulan dengan kerjasama Weststar Maxus dan rakan strategik pajakan, Yinson GreenTech.
Bersama komitmen itu ia secara langsung merekodkan Pos Malaysia kini miliki 1,652 unit EV untuk menyokong operasi perkhidmatan mereka di pasaran Malaysia. Jumlah itu, turut merangkumi 1,252 unit EV dua roda dan 264 unit EV empat roda, angka ini sekaligus menjadikannya armada EV terbesar dalam sektor logistik di Malaysia.
Dengan penambahan unit EV itu, dijelaskan setiap van elektrik yang digunakan menyumbang kepada matlamat hijau dengan mengurangkan sehingga 1.11 tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun, sekali gus merendahkan jejak karbon bagi setiap bungkusan serta kos keseluruhan bagi setiap penghantaran Pos Malaysia.

Secara menyeluruh, Pos Malaysia turut optimis ke arah mencapai 28% pemilikan unit EV pada operasi mereka pada tahun ini, di mana kadar ini bertepatan dengan jangkaan yang disasarkan pada tahun lalu. Dengan tindakan strategik secara berterusan, Pos Malaysia berupaya mencapai matlamat guna EV sepenuhnya 100% menjelang 2030 dan mencapai status sifar bersih menjelang 2050.