Artikel

Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas – Kekal Jadi Antara 15 Pelabuhan Paling Sibuk Di Dunia

Malaysia dilihat terus mengukuhkan kedudukan negara pada aliran dagangan apabila dua pelabuhan negara kini menjadi antara pelabuhan tersibuk di dunia – ia mewakili Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas. 

Berlandaskan laporan Llyod’s List, Pelabuhan Klang kini di kedudukan ke-10, manakala Tanjung Pelepas pula di kedudukan ke-15. Prestasi ini sekaligus memaparkan pertumbuhan kedua pelabuhan kekal konsisiten dan memaparkan peningkatan secara berkala selaku hab pemindahan kontena besar di pasaran global.

Untuk penjelasan, prestasi kontena import dan eksport di Pelabuhan Klang telah meningkat 4.1% kepada 14.64 juta TEU dan Tajung Pelepas pula meningkat 16.9% kepada 12.25 juta TEU.

Secara menyeluruh, Pelabuhan Shanghai kekal menjadi peneraju pada senarai disusuli Pelabuhan Singapura (2), dan 3 kedudukan selanjutnya dikuasai pelabuhan di China iaitu Ningbo-Zhoushan (3), Shenzen (4), dan Qingdao (5).

TEU – Unit Ekuivalen 20 Kaki merujuk kepada unit anggaran untuk kapasiti kargo bersama kapasiti kapal kontena serta terminal kontena.