Dalam meluaskan jejak operasi di wilayah selatan negara – YTL melalui anak syarikatnya YTL Hotels & Properties kini mengumumkan mengambil alih Thistle Hotel di Johor Bahru pada nilai RM150 juta, menjadi antara usaha meningkatkan pelaburan strategik kumpulan di Malaysia.
Peralihan itu untuk makluman hasil urus niaga YTL bersama peneraju asas Thistle Hotel iaitu GuocoLand, iaitu firma hartanah yang berpangkalan di Singapura.
Tindakan peralihan hotel itu akan memperlihatkan proses pengubahsuaian secara menyeluruh sebagai hotel bertaraf 5 bintang menjelang tahun 2026 kelak. Perubahan ini secara langsung akan memberi nilai tambah kepada cabang perhotelan YTL dalam portfolio antarabangsanya bersama rangkaian resort dan hotel mewah.
Selain menyumbang kembali kepada ekonomi tempatan, langkah pengubahsuaian ini juga bertepatan dengan agenda negara yang akan melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak. Secara mnyeluruh perkembangan perubahan hotel yang memiliki 380 bilik akan dilaksanakan secara berlaka sebelum tempoh pembukaannya pada 2026.