Artikel

2 juta Penerima STR Boleh Tebus Baucar RM30, Biayai Kos Insurans Perlindungan Tenang

Selain meraih akses bantuan tunai, kini seramai 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut boleh menebus baucar bernilai RM30 untuk biayai sebahagian kos insurans di bawah program Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0). 

Penebusan baucar itu menurut notis Kementerian Kewangan (MOF) telah boleh dilaksanakan sejak 1 September lalu – di mana usaha ini sekaligus dapat meluaskan akses perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia. Di mana baucar ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans dan mikrotakaful di bawah Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian.

Oleh itu, semua penerima STR boleh menyemak kelayakan anda dan merujuk pada soalan lazim untuk ketahui penawaran perlindungan yang tersedia pada laman Perlindungan Tenang. Selain itu, senarai penuh produk perlindungan mampu-milik turut boleh diteliti pada laman rasmi MyCoverage.