Artikel

BNM: Pemandu Tidak Bersalah Boleh Tuntut Insurans Sendiri Tanpa Jejaskan NCD

Apabila berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan dan kita adalah pihak yang tidak bersalah – kebiasaanya pemandu akan menunggu tanggungan darpada syarikat insurans pihak bersalah namun sebenarnya pemandu yang tidak bersalah turut boleh secara terus menuntut kepada syarikat insurans mereka sendiri tanpa jejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount, NCD). 

Tindakan yang dikongsikan wakil Bank Negara Malaysia (BNM) pada sesi podsiar bersama BFM ini menjelaskan pilihan di bawah Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK) ini akan membolehkan pemandu kenderaan berkaitan membaiki kenderaan mereka tanpa perlu menunggu insurans pihak tidak bersalah. 

Tuntutan itu boleh dilaksanakan dengan hanya mengemukakan laporan polis serta dokumen kenderaan dan proses tuntutan syarikat insurans dapat dilaksanakan. Buat pengetahuan umum proses tuntutan kini telah menjadi lebih lancar susulan proses tuntutan boleh diraih sehingga 20 hari bekerja libatkan pemandu kenderaan sendiri dan sehingga 80 hari penyelesaian tuntutan sekiranya kerosakan libatkan harta kenderaan pihak ketiga. 

Namun orang awam perlu fahami, pilihan OD-KFK ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya kemalangan tersebut melibatkan pengangkutan awam seperti bas mahupun teksi. Susulan kategori kenderaan sedemikian memiliki polisi insurans yang berbeza dengan kenderaan persendirian. 

Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) – merujuk kepada insentif yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pengguna yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Ini bermakna NCD adalah ganjaran kepada pemandu yang berhati-hati. Di mana insentif ini akan meningkat pada setiap tahun (jika tiada tuntutan).

Ini bermakna jika pengguna kenderaan laksana tuntutan maka, seluruh diskaun NCD akan diset semula kepada 0%. Tetapi sekiranya tuntutan disebabkan kerosakan bukan salah sendiri (OD-KFK) maka NCD pengguna kenderaan tersebut tidak akan terjejas berikutan telah mendapat pengesahan daripada laporan polis. Jadi semua pemandu kenderaan tidak bersalah boleh menuntut insurans sendiri tanpa jejaskan NCD. Selain pengecualian itu, mana-mana pengguna kenderaan laksana tambahan perlindungan cermin kereta maka tuntutan ini turut tidak jejaskan NCD pengguna.