Artikel

Pelancong Ke Indonesia Kini Wajib Guna Aplikasi All Indonesia – Isytihar Ketibaan

Bermula hari ini (1 September), semua pelancong antarabangsa wajib melengkapkan makluman ketibaan mereka menerusi aplikasi All Indonesia. Buat pengetahuan umum aplikasi ini turut mengintegrasikan pengisytiharan kastam secara elektronik (e-CD), membolehkan saringan kesihatan bagi penyakit berjangkit direkodkan untuk tindakan pemantauan.

Untuk peringkat awal, syarat berkenaan dilaksanakan ke atas sebilangan lokasi ketibaan melibatkan penumpang antarabangsa yang tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Banten, Lapangan Terbang Juanda di Jawa Timur, Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali, serta Pelabuhan Batam di Kepulauan Riau.

Perihal ini bertujuan untuk tindakan penambahbaikan secara berkala – menurut laporan setelah itu perluasan secara menyeluruh akan dijalankan ke atas semua lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pelabuhan antarabangsa.

Sebagaimana yang dijalankan negara serantau lain, makluman ketibaan secara atas talian ini menuntut semua pelancong antarabangsa untuk kemaskini makluman tersebut dalam tempoh 3 hari sebelum hari pelepasan.