Kurang dari beberapa hari sahaja lagi Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan kali ke-68 pada tanggal 31 Ogos 2025. Ke arah sambutan tersebut, kini dilihat pelbagai kejayaan telah ditempa oleh negara secara berkala antaranya menambahbaik status negara pada sudut ekonomi dan tahap kemiskinan.
Kejayaan ini telah diperincikan oleh Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia iaitu Dr. Apurva Sanghi pada perkongsiannya di laman X, yang menjelaskan setelah 10 tahun negara ini merdeka – didapati 50% rakyat telah hidup dalam era kemiskinan iaitu (50 dalam 100 rakyat) namun kini jumlah tersebut telah berkurangan kepada 6 dalam 100 menjadikan lebih 14 juta penduduk negara telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan.

Tidak hanya perubahan kemajuan ekonomi Malaysia kini dapat dilihat semakin membrangsangkan. Sedangkan kebanyakkan negara serantau memulakan era perdagangan pada tempoh yang sama namun Malaysia kini telah memaparkan kemajuan yang baik apabila keluaran dalan negara kasar perka kapita Malaysia 3.6 kali ganda berbanding Filipina dan 9 kali ganda berbanding Zambia.
Perubahan ini sekaligus selari dengan matlamat Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup rakyat secara berperingkat.
Malah apa yang wajar dibanggakan negara adalah Malaysia kini menjadi antara peneraju ekonomi halal di peringkat global – tidak sekadar mengfokuskan kepada segmen makanan serta pensijilan halal tetapi turut meliputi arena kosmetik, logistik, farmaseutikal dan pelancongan.